PERSEDIAAN AWAL PERTUNANGAN

Bertunang bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah. Walaupun ia sekadai ikatan sebelum diijabkabul, namun banyak perkara yang perlu kita ketahui sebelum merancang untuk mengadakan majlis pertunangan. Tidak kiralah sama ada ia majlis pertunangan secara sederhana seperti kebiasaan yang dilakukan, tetapi ia perlu berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Jika membuat perancangan yang terperinci, semuanya akan berjalan lancar dan mudah. Anda perlu tahu perisian majlis pertunangan itu sendiri. Bukan main redah sahaja. Orang lain mahu bertunang, anda pun juga mahu bertunang, tetapi apakah yang perlu anda lakukan dan ketahui?

SEPAKAT
Ini merangkumi semua aspek. Terutama kata persetujuan kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan. Ia penting untuk sepakat mengenai tarikh pertunangan yang dipilih, tempat pertunangan yang akan berlangsung agar tidak berlaku kekeliruan nanti. Ia agar semuanya berjalan lancar seperti yang ditetapkan. Jadi tidak ada timbul ragu-ragu atau was-was dengan majlis pertunangan yang akan berlangsung nanti.
1. Tarikh atau Masa
Antara perkara yang penting ialah pemilihan tarikh dan masa. Sama ada majlis pertunangan tersebut jatuh pada hari cuti atau tidak. Contohnya bagi pasangan yang berasal dari pantai timur, cuti mereka jatuh pada hari Jumaat, manakala tempat lain jatuh pada hari Ahad.
Perlunya perbincangan yang teratur agar tidak berlaku ahli keluarga yang tidak dapat hadir. Termasuk juga masa yang dipilih, sama ada sesuai atau tidak dengan keadaan sekeliling. Sesetengah tempat memilih waktu pagi, ada juga memilih selepas zohor dan ada juga waktu malam. Namun ia bergantung kepada anda untuk membuat pilihan yang terbaik.
2. Pertemuan Ringkas
Sebelum majlis pertunangan, keluarga kedua-dua pihak telah berbincang tentang pertunangan yang hendak diadakan seperti jumlah wang hantaran, jumlah dulang hantaran, tarikh perkahwinan, tempoh ikatan pertunangan dan lain-lain lagi untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Selitkan Tema
Tidak salah jika anda memilih untuk mengadakan tema pada majlis pertunangan. Ianya mengikut cita rasa anda. Jika anda ingin mencipta kelainan, teruskan dengan niat itu. Ia akan lebih cantik dan meriah. Apapun biarlah majlis pertunangan tersebut tidak terlalu ‘over’.
4. Kos
Walaupun majlis pertunangan anda dirancang sederhana, namun biarlah tidak membazir kepada sesuatu yang tidak penting. Jika anda mempunyai bajet yang lebih, tidak salah anda fokuskan kepada cincin, solekan, baju, hiasan bilik, barang hantaran dan jurugambar. Semuanya tidak semestinya mahal dan berjenama. Bimbang nanti jika tersalah pelaburan, majlis pertunangan anda jadi kelam kabut dan tidak sempurna. Jadi fikir yang lebih sesuai dan perlu diberi perhatian.
5. Makanan
Ini penting terutama kepada tetamu yang datang dari jauh. Pastikan ada hidangan yang menyelerakan kepada semua. Tidak kiralah secara gotong-royong atau menggunakan khidmat katering. Jika ada bajet lebih, tidak salah menggunakan khidmat katering. Ia lebih mudah dan anda pula tidak kelam-kabut membuat persediaan memasak di rumah.
6. Rakaman
Tidak kiralah gambar atau video, sudah pasti anda ingin menyimpan kengan majlis pertunangan anda dengan pasangan. Dalam hal ini anda tidak semestinya menggunakan khidmat jurugambar professional sahaja. Anda boleh juga meminta sanak-saudara atau adik-beradik untuk merakamkan detik manis tersebut. Jika anda menggunakan khidmat mereka, masih ada kenangan yang tersimpan. Namun tidak salah jika anda inginkan sesuatu hasil yang memuaskan untuk album atau video pertunangan anda. Semua pilihan berada di tangan anda.

*blog rujukan buat rakan2 yg menghampiri gerbang pertunangan...
http://persediaanperkahwinan.com/blog/perkara-yang-wajib-anda-ketahui-sebelum-bertunang.html/

Tiada ulasan: