Bertunang bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah. Walaupun ia sekadai ikatan sebelum diijabkabul, namun banyak perkara yang perlu kita ketahui sebelum merancang untuk mengadakan majlis pertunangan. Tidak kiralah sama ada ia secara sederhana tetapi ia tetap perlu berjalan lancar tanpa sebarang masalah.Perihal bertunang ini perlu di lakukan dengan secara terperinci terutama kata sepakat dari kedua-dua belah pihak.jom kite selami serba sedikit hal-hal yg penting sebelum majlis itu di lakuka...
Perkara pertama yg kita perlu tahu adalah..
1.TARIKH DAN MASA---->pemilihan tarikh dan masa sangat penting ini kerana di khuatiri jatuh pada hari cuti atau tidak. Contohnya bagi pasangan yang berasal dari pantai timur, cuti mereka jatuh pada hari Jumaat, manakala tempat lain jatuh pada hari ahad, ini bagi mengelak kan ada ahli keluarga yang tidak dapat hadir.
Termasuk juga masa yang dipilih, sama ada sesuai atau tidak dengan keadaan sekeliling. Sesetengah tempat memilih waktu pagi, ada juga memilih selepas zohor dan ada juga waktu malam. Namun ia bergantung kepada anda untuk membuat pilihan yang terbaik
2. PERJUMPAAN RINGKAS----> Sebelum majlis pertunangan, keluarga kedua-dua pihak telah berbincang tentang pertunangan yang hendak diadakan seperti jumlah wang hantaran, jumlah dulang hantaran, tarikh perkahwinan, tempoh ikatan pertunangan dan lain-lain lagi untuk mengelakkan kekeliruan.
3.TEMA---> Tidak salah jika anda memilih untuk mengadakan tema pada majlis pertunangan. Ianya mengikut cita rasa anda. Ia akan lebih cantik dan meriah. Apapun biarlah majlis pertunangan tersebut tidak terlalu ‘over’.
4.KOS----> Walaupun majlis pertunangan anda dirancang sederhana, namun biarlah tidak membazir kepada sesuatu yang tidak penting. Jika anda mempunyai bajet yang lebih, tidak salah anda fokuskan kepada cincin, solekan, baju, hiasan bilik, barang hantaran dan jurugambar. Semuanya tidak semestinya mahal dan berjenama. Bimbang nanti jika tersalah pelaburan, majlis pertunangan anda jadi kelam kabut dan tidak sempurna. Jadi fikir yang lebih sesuai dan perlu diberi perhatian.
5.MAKANAN----> Ini penting terutama kepada tetamu yang datang dari jauh. Pastikan ada hidangan yang menyelerakan kepada semua. Tidak kiralah secara gotong-royong atau menggunakan khidmat katering. Jika ada bajet lebih, tidak salah menggunakan khidmat katering. Ia lebih mudah dan anda pula tidak kelam-kabut membuat persediaan memasak di rumah.
6.RAKAMAN---> Tidak kiralah gambar atau video, sudah pasti anda ingin menyimpan kengan majlis pertunangan anda dengan pasangan. Dalam hal ini anda tidak semestinya menggunakan khidmat jurugambar professional sahaja. Anda boleh juga meminta sanak-saudara atau adik-beradik untuk merakamkan detik manis tersebut. Jika anda menggunakan khidmat mereka, masih ada kenangan yang tersimpan. Namun tidak salah jika anda inginkan sesuatu hasil yang memuaskan untuk album atau video pertunangan anda. Semua pilihan berada di tangan anda.
Seterus nya kita kongsi contoh-contoh barang hantaran yg selalu berada dalam senarai majlis pertunangan....
Jika mengikut adat Melayu, barang hantaran hendaklah diberi mengikut bilangan ganjil & barang daripada pihak perempuan hendaklah lebih sikit drpd pihak lelaki. Misalnya 5-7 atau 7-9 . Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya kebanyakan orang akan memilih bilangan 5-7 lelaki 5 dulang manakala perempuan 7 dulang) tp itu semua terpulang pada bajet pasangan.
Senarai barang hantaran pertunangan bagi pihak perempuan:
1. Sirih junjung
2. Baju Melayu / baju kemeja
3. Tali pinggang dan wallet (beli yg 1set sekali)
4. Tuala
5. Sejadah
6. Kek
7 Buah-buahan/ Coklat
Senarai barang hantaran pertunangan bagi pihak lelaki:
1. Cincin bertunang/ merisik
2. Tepak sirih
3. Kain Pasang
4. Telekung/ Al-Quran
5. Kek/Buah-buahan/coklat
*KREDIT to info2 di atas,,,tp lupa dari blog mana dapat hehehe maaf :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan