MITSUBISHI MIRAGE COOL......





















Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan di Malaysia, secara rasminya melancarkan model serba baru yang dinanti-nantikan Mitsubishi Mirage semalam. Dibangunkan berdasarkan konsepk kereta `kompak’, `mampu dimiliki’ dan `penjimatan tinggi petrol’,
Mirage bakal menjadi paling laris di Malaysia. Dengan menumpukan kepada kecekapan petrol dan mesra alam sekitar, Mirage hanya menggunakan 21 km per liter minyak petrol disukat dalam Kitaran Pemanduan Baru Eropah (NEDC).
Mirage tampil dalam tiga varian, iait manual lima kelajuan GL, CVT GL dan CVT GS, dengan harga di antara RM55,328 hingga RM63,120 (atas jalan tanpa insurans) dan dalam lima warna iaitu Lemonade Yellow Metallic, Eisen Grey Mica, Red Metallic, White Pearl dan Cool Silver Metallic.
Pembeli boleh memilih enjin MIVEC dengan transmisi lancar dan cekap INVECS-III Continuously Variable Transmission (CVT) atau gear manual lima kelajuan. Di samping waranti standard selama tiga tahun atau 100,000 km, Mirage didatangkan dengan pakej penyenggaraan percuma selama setahun (Penyenggaraan Alat-alat komponen, Minyak Hitam dan Kos Buruh sehingga setahun atau 20,000km).


Mirage memiliki kecekapan petrol dan pelepasan CO2 rendah yang merupakan terbaik dalam kelasnya, berikutan enjin 1.2 liter serba baru dengan teknologi MIVEC dan badan aerodinamik yang mengurangkan kekangan dan terbabas. Mengoptimumkan struktur badan dan penggunaan lebih luas panel yang ditegang kuat menjadikan kenderaan ini tujuh peratus* lebih ringan berbanding kenderaan biasa dalam kelasnya, yang menyumbang kepada penjimatan petrol yang lebih baik.
*Nisbah berat diukur dengan menggunakan nisbah besi ditegang kuat diduna dalam Colt berbanding Mirage

Enjin moden tiga silinder menghasilkan 78 PS dan 100 Nm kuasa kilas, menyajikan varian paling ringan dalam kelasnya iaitu 850 kg bagi CVT dan 825 kg bagi varian MT.
Mirage didatangkan dengan senarai peralatan yang pasti mengejutkan bagi sebuah kereta dalam segmen ini. Ciri-ciri uniknya merangkumi Kunci Pintar (masuk tanpa kunci), pendingin hawa automatik digital, sistem audio 2-DIN dengan pemain iPod, USB dan AUX, panel instrumen Pandangan Terang, dan kepala gear dan kemudi roda dibalut kulit.

Keselamatan adalah keutamaan di Mitsubishi, dan sebagai kereta global, model serba baru Mirage didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif bagi melindungi penumpangnya. ABS 4-Roda dengan EBD adalah standard, bersama dua beg udara SRS  dan penenggang tali pinggang keledar, Pengikat Kerusit Kanak-kanak ISO FIX, Kunci Pintu Bagi Kanak-kanak and Tingkap Kuasa Anti-Sentuh.
Mitsubishi Motors Malaysia juga menawarkan aksesori pilihan bagi Mirage. Pemilik boleh menambah cantik kereta mereka dengan Pakej Aero (RM1,999.90), Pakej Krom (RM750.00), sarung penutup minyak Ralliart (RM150.00) dan sarung kulit pasang pintar (RM1,500.00), atau gabungan mana-mana di atas.

p/s: lupa dari mana saya copy info ini...kalao2 dye terbaca....mintak share ye :)

Tiada ulasan: