Niat n Fadhilat PUASA SUNAT ARAFAH...

Tahun ini, tarikh 9 Zulhijjah 1433 hijrah jatuh pada hari Khamis bersamaan dengan 25 Oktober 2012. .
Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Pada hari tersebut umat Islam disunatkan untuk berpuasa berdasarkan hadis-hadis Nabi seperti berikut....

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : “Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.”

Bagaimana pula dengan niat puasa sunat Arafah? Berikut adalah cara berniat puasa sunat hari Arafah 9 Zulhijjah....

"Sahaja aku berpuasa sunat Arafah esok hari kerana Allah Taala"

Antara kelebihan dan fadhilat puasa sunat Arafah pula ialah:....

Sabda Rasullullah S.A.W lagi: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-
1. Orang-orang yang mati syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. 


SAMA2 KITA MENDAPAT KELEBIHAN N RAHMAT DARI NYA....INSYAALLAH...

Tiada ulasan: